Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri

Memilih Untuk Tidak Mempunyai Talifon Dan Media Sosial

Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri

Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri

Pengarah dan pelakon Pierre Andre mengakui dirinya berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media sosial yang kini menjadi ‘keperluan utama’ setiap orang.

Boleh menghubungi Isteri

Pierre berkata, segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.



Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada.

Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan.

Menurut Harian Metro, dia sangat mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon.

Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja.

Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial.



Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya.

Terbiasa Menjalani Seperti Kehidupan Orang Lain

Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri
via Harian Metro

Mengulas juga ‘penyepian’ selama 10 tahun dirinya daripada radar industri hiburan, Pierre berkata, dia kini sudah terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain yang bebas ke mana-mana tanpa dikenali ramai.

Saya pun sekarang banyak beri tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan.

Dari seorang yang hanya tahu mengenai filem sebelum ini, saya berubah mengenali kain sebab saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian.



Sekadar Rekod, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah pada Jun 2013 dan mereka mempunyai dua anak iaitu Aishah Andre dan Zehra Andre.

Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button