Sedia dana untuk OKU penglihatan

Sedia dana untuk OKU penglihatan

Sedia dana untuk OKU penglihatan
Ketua Jabatan Kewangan Sosial
Bank Muamalat Malaysia Berhad, Zaharuddin Alias (dua kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Timbalan Presiden MAB, Datin Fauziah Mohd Ramly pada majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Bank Muamalat dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB). Turut serta Pengarah Perbankan Komersial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Mohamed Nazir Nor Md dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Datuk George Thomas (kiri). – FOTO NSTP/Rohanis Shukri

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus komited memperkasa komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negara ini apabila menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Melalui MoC ini, seramai 59,413 orang yang berdaftar dibawah MAB dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapat manfaat yang bakal ditawarkan Bank Muamalat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kerjasama ini juga akan diperluaskan lagi melalui inisiatif kewangan sosial antaranya program iTekad Bank Muamalat dan projek zakat dan wakaf.



Katanya, melalui program iTekad Bank Muamalat, warga OKU penglihatan yang layak bakal mendapat akses kepada bantuan modal pembelian aset, latihan berstruktur serta pembiayaan mikro.

“Kerjasama jangka masa panjang ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial Bank Muamalat dalam memperkasa komuniti OKU penglihatan melalui akses kemudahan kewangan, latihan serta produk dan perkhidmatannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim




“Saya berharap dengan MoC ini, Bank Muamalat dapat membantu komuniti OKU penglihatan dalam menjana pendapatan sendiri serta merapatkan jurang ekonomi dan mampu lebih berdaya saing apabila mereka dilengkapi latihan dan keperluan.

“Melalui kerjasama ini, Bank Muamalat turut menyokong kerangka Layanan Adil terhadap Pengguna Kewangan (FTFC) dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertujuan untuk mewujudkan sistem kewangan lebih inklusif yang melindungi kepentingan semua pengguna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias berkata, menerusi program iTekad, kira-kira 15 usahawan OKU penglihatan di bawah MAB akan menerima geran bernilai RM5,000.

Beliau berkata, mereka yang terpilih ini akan menjalani latihan dan bimbingan selama tiga bulan di bawah iTekad Bank Muamalat.



Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Datuk George Thomas berkata, kerjasama itu adalah selari dengan visi MAB untuk memastikan setiap komuniti OKU penglihatan dapat hidup berdikari melalui hasil pendapatan sendiri.

“Berdasarkan empat kempen Jariah Fund bersama Bank Muamalat yang berjaya sebelum ini, MAB sangat berbesar hati untuk memperluas kerjasama dalam program kewangan sosial Bank Muamalat bagi meningkatkan taraf hidup ahli MAB dan komuniti OKU penglihatan secara menyeluruh.

“Sebagai permulaan kami akan memilih usahawan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor dan kami merancang meluaskannya ke Pahang dan Perak,” katanya di majlis pertukaran kerjasama (MoC) antara Bank Muamalat dan MAB di sini, hari ini.

Sedia dana untuk OKU penglihatan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button