Siti Nurhaliza Hampir Meninggal Dunia Ketika Bersalin Anak Pertama! [VIDEO]
Siti Nurhaliza Hampir Meninggal Dunia Ketika Bersalin Anak Pertama! [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Ada Dengar Dulu, Tokti Alami Pendarahan Yang Teruk Masa Operation”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 15 ribu, tanda suka sebanyak 666 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang membritahu bahawa Siti Nurhaliza hampir sahaja meninggal dunia ketika melahirkan anak sulungnya iaitu Afiyah.
“Siti hidup pada hari ini adalah satu keajaiban, dia takkan beritahu anda tapi saya yang akan beritahu. Siti hampir meninggal ketika melahirkan Afiyah, tu semua kena tahu”-Kata Tunku Azizah
@sitizoner
Rata-rata netizen terkejut mendengar berita tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka kejadian seperti itu berlaku kepada penyanyi kesayangan mereka itu.
Siti Nurhaliza Hampir Meninggal Dunia Ketika Bersalin Anak Pertama! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tengku Razaleigh: Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Harimau Asia Hanya Ilusi
- PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :