Tengku Razaleigh: Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Harimau Asia Hanya Ilusi

Tengku Razaleigh Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Naga Asia Hanya Ilusi

Tengku Razaleigh: Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Harimau Asia Hanya Ilusi

 

Pemimpin veteran yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), menyifatkan dakwaan Dr Mahathir Malaysia pernah menjadi Harimau Asia sebagai ilusi.

“Malaysia tidak pernah menjadi Harimau Asia sepertimana didakwa bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad”.



“Malaysia tidak boleh dianggap Harimau Asia.”

“Ia kerana negara membiayai hampir keseluruhan projeknya.”

“Termasuk empangan dan lebuh raya, disebabkan pelabur asing menjauhi Malaysia.”

“Ada pihak berpandangan Malaysia telah sampai menjadi negara kaya dan maju.”



“Tetapi, kita tidak pernah jadi Harimau Asia, itu hanya ilusi.”

“Anda panggil diri sebagai Harimau Asia, tetapi anda sebenarnya monyet.”

“Anda tidak maju,” tegas Ku Li.

Pendapat Ku Li dilihat senada dengan pendapat ahli ekonomi Madeline Berma.



Beliau menyifatkan Malaysia hanya layak digelar harimau kecil atau naga kecil.

“Malaysia hanyalah kuasa ekonomi tahap kedua, harimau kecil itu mempunyai gigi yang tidak membesar,” dakwa Madeline secara sinis.

Terma Harimau Asia popular digunakan pada 1980-an dan 1990-an, untuk menggambarkan kepesatan ekonomi Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Hong Kong.

Malaysia dikatakan akan menjadi Harimau Asia kelima.



Namun pertumbuhan ekonomi negara terbantut susulan krisis kewangan Asia pada 1997.

Pada 2018, Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri kali kedua, mengumumkan Malaysia akan kembali menjadi ekonomi Harimau Asia.

Beliau mengulanginya setahun kemudian ketika melancarkan rancangan kerajaan bagi pembangunan ekonomi menjelang 2030.

Ironiknya, keadaan ekonomi Malaysia menjadi semakin teruk di era pemerintahan Dr Mahathir bersama Pakatan Harapan.



Sehingga ke hari ini, Malaysia masih lagi bergelut untuk keluar dari masalah ekonomi yang semakin mencengkam kehidupan rakyat.

Namun adalah menjadi kebiasaan bagi manusia yang bernama Mahathir Mohammed, beliau sentiasa mendakwa beliau mempunyai tangan ajaib.

 

Tengku Razaleigh: Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Harimau Asia Hanya Ilusi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button