Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Bomba giat memadamkan kebakaran membabitkan tiga kilang perabot di Sungai Buloh, tengah hari tadi. – Foto JBPM SELANGOR

Tiga buah kilang perabot di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, dilaporkan terbakar tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari.



“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh turut dibantu BBP Damansara, Shah Alam, Petaling Jaya, Klang Utara, Bukit Jelutong, Selayang, TTDI dan Seri Hartamas.

“Seramai 67 anggota bertindak memadamkan kebakaran ini melibatkan tiga buah kilang perabot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat terkini, beliau memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button