Tunjuk ‘anu’ kepada budak 9 tahun tepi tali air

Oleh – Syeikh Baran


Tunjuk ‘anu’ kepada budak 9 tahun tepi tali air
Anggota polis membawa Mohd. Irwan (kiri) untuk didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di tepi tali air Kampung Pinggir Tapang, dekat sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Irwan Ismail, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul dan amang seksual bukan fizikal iaitu menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah lori di Kampung Pinggir Tapang, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 Julai lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button