Wanita rentung, lelaki melecur dalam kebakaran rumah flat

Oleh – Syeikh Baran


Wanita rentung, lelaki melecur dalam kebakaran rumah flat
Seorang wanita maut manakala seorang lagi mangsa melecur tangan kanan dalam insiden kebakaran rumah malam tadi. FOTO IHSAN JBPM SELANGOR.

Seorang wanita maut manakala seorang lelaki melecur di bahagian tangan kanan dalam kebakaran sebuah rumah di aras bawah flat lima tingkat di Garden Tour Apartment Jalan Maju 1/11, Taman Lembah Maju, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, wanita tempatan berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia dengan badannya melecur kira-kira 80 peratus.



Katanyaa, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam.

“Rumah terbabit didapati terbakar kira-kira 30 peratus dan melibatkan dua kemalangan jiwa.

“Mangsa wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Sementara mangsa lelaki yang melecur 30 peratus di tangan kanan, dihantar ke Hospital Ampang dengan jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan semalam.



Kedua-dua mangsa dipercayai ahli keluarga namun setakat ini, masih menanti butiran lengkap untuk pengesahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button