Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan?

Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan

Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan?

 

Semua parti politik yang ada dalam negara sedar, mereka tidak akan mempu menubuhkan kerajaan dengan tanpa sokongan pengundi pelbagai kaum.

Ini adalah realiti politik negara kita.



Barisan Nasional dapat membentuk kerajaan dengan sokongan dari pengundi bukan Melayu yang datang dari MCA dan MIC.

Apabila MCA dan MIC gagal mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada mereka, Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14.

Selepas Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.

Pakatan Harapan juga merupakan gabungan parti berbilang kaum.



PPBM menumpukan sokongan dari pengundi Melayu, DAP pula menumpukan sokongan dari pengundi bukan Melayu dan PKR serta PAN mempunyai deposit pengundi pelbagai kaum.

Dalam Perikatan Nasional, berlaku pergeseran yang sangat serius antara PAS dan Gerakan.

Gerakan tidak mempunyai ADUN dan ahli Dewan Rakyat kerana calon mereka kalah dalam semua saingan pilihanraya.

Tetapi kehadiran parti Gerakan dalam Perikatan Nasional adalah sangat penting untuk Perikatan Nasional tidak dilabel sebagai gabungan parti konservatif berhaluan kanan.



Lebih-lebih lagi isu yang menyebabkan pergeseran adalah isu sensitif yang berbau perkauman.

PAS sememangnya dikenali sebagai parti ekstrimis agama bukan sahaja oleh pengundi bukan Melayu, malah oleh pengundi Melayu atas pagar.

Sekiranya Perikatan Nasional menyingkirkan Gerakan atau Gerakan meninggalkan Perikatan Nasional, gabungan Perikatan Nasional boleh berhenti bermimpi untuk merampas Putrajaya.

Tetapi sekiranya Perikatan Nasional mengekalkan Gerakan dalam gabungan mereka, maka PAS akan berhadapan risiko kehilangan sokongan dari pengundi Melayu atas pagar.



PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang tidak lagi tegas dalam mempertahankan agama sebagaimana yang mereka dakwa selama ini.

PAS akan dilihat sebagai gergasi lemah ibarat lembu yang sudah dicucuk hidung oleh parti Gerakan yang jauh lebih lemah.

Apa pilihan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional, singkir atau kekalkan Gerakan?

 



Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button