Erdogan: Sudah Sampai Masanya Turkiye Masuk Israel Untuk Bantu Palestin
Erdogan: Sudah Sampai Masanya Turkiye Masuk Israel Untuk Bantu Palestin
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh.
Namun begitu, beliau tidak menjelaskan apakah jenis campur tangan yang akan Turkiye lakukan.
Erdogan yang sangat vokal di pentas dunia mengenai isu Palestin, mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap memuji industri pertahanan negaranya.
“Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin.”
“Sama seperti kami memasuki Karabakh.”
“Sama seperti kami memasuki Libya.”
“Kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka.”
“Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini.”
“Kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah ini,” tegas Erdogan pada mesyuarat Parti AK di Rize.
Untuk rekod, pada 2020, Turkiye menghantar anggota tenteranya ke Libya.
Ia untuk menyokong Kerajaan Persetujuan Nasional Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah yang mengetuai Kerajaan Perpaduan Nasional di Tripoli disokong oleh Turkiye.
Turkiye telah menafikan sebarang peranannya secara langsung dalam operasi ketenteraan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.
Tetapi pada tahun lalu berkata, negara itu menggunakan semua cara termasuk latihan ketenteraan dan pemodenan untuk menyokong sekutu rapatnya.
Pada bulan April yang lalu, Presiden Erdogan telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, ismail Haniyeh di Istanbul.
Selepas pertemuan itu, Erdogan membuat kenyataan ringkas dengan berkata, kami akan mengekalkan agenda antara kami dan Haniyeh.
Erdogan: Sudah Sampai Masanya Turkiye Masuk Israel Untuk Bantu Palestin
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul
- Tengku Razaleigh: Dakwaan Mahathir Malaysia Pernah Menjadi Harimau Asia Hanya Ilusi
- PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan