Gerakan Takut Atau Lawan?

Gerakan Takut Atau Lawan

Gerakan Takut Atau Lawan?

 

Parti Gerakan memberikan respon yang sangat keras terhadap kata dua yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, dengan tegas berkata, Gerakan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari Perikatan Nasional berikutan pendirian PAS.



“Parti Gerakan kekal teguh menyokong dan mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana.”

“Walaupun terdapat ancaman yang tidak munasabah daripada sekutunya dalam gabungan itu.”

“Kami tidak akan teragak-agak keluar (PN) jika sekutu kami (dalam gabungan) terus mempamerkan ekstremisme agama dan melanggar hak orang bukan Islam.”

Sebelum itu, presiden Gerakan Dominic Lau berkata, KPM tidak seharusnya menyekat sumbangan dana kepada sekolah.



Ini kerana menurut dakwaan beliau kerajaan tidak memperuntukkan dana yang mencukupi kepada semua jenis sekolah.

Lau juga menggesa kerajaan tidak menghalang tradisi sekolah Cina mengumpul dana yang telah diamalkan sejak sekian lama.

Gerakan sedar, mereka memerlukan PN demi survivor politik mereka kerana Gerakan tidak akan mampu bergerak sendirian.

Mereka tidak mempunyai jentera yang tersusun untuk memastikan kemenangan di dalam mana-mana pilihanraya.



Kekuatan Gerakan hanya bertumpu di Pulau Pinang kerana mereka pernah membentuk kerajaan negeri di bawah naungan Barisan Nasional.

Bergerak sendirian tanpa menyertai mana-mana gabungan parti politik adalah ibarat menggali kubur sendiri.

Persoalannya, mengapakah Gerakan dilihat berani bersengketa dengan PAS yang menjadi parti dominan di dalam PN.

Gerakan juga sedar, mereka tidak akan mampu bersaing dengan DAP yang menguasai majoriti pengundi bukan Melayu.



Mungkinkah Gerakan kini mempunyai agenda sendiri selepas meninggalkan PN?

Pepatah Jawa ada mengatakan, if you cannot fight them, join them…🤔🤔🤔

 

Gerakan Takut Atau Lawan?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button