Liga M berpotensi hilang import ‘Gred A’

Liga M berpotensi hilang import ‘Gred A’

Liga M berpotensi hilang import ‘Gred A’
BINTANG Argentina, Pablo Aimar antara import gred A pernah mewarnai Liga M bersama Johor Darul Ta’zim pada 2014. – AFP

ISU gaji yang melanda beberapa pasukan tempatan meletakkan Liga Malaysia (Liga M) dalam situasi sukar termasuk dipulaukan oleh pemain-pemain import ‘Gred A’.

Perkembangan negatif itu menghadirkan rasa takut kepada pemain import yang mungkin tidak lagi menganggap Malaysia sebagai destinasi pilihan kerana enggan menjadi mangsa tunggakan gaji.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn. Bhd., Effendi Jagan Abdullah berkata, keadaan ini pastinya menghadirkan perasaan was-was kepada pemain import untuk datang ke Malaysia.



“Situasi itu boleh berlaku disebabkan isu tunggakan gaji. Mungkin ada pemain import yang berkira-kira untuk datang ke Liga M kerana sebelum datang pun, sudah tentu mereka membuat semakan dengan rakan-rakan ataupun pemain yang pernah beraksi di sini.

“Mereka mahu dapatkan maklum balas dahulu, mungkin ada beberapa tawaran lain tetapi apabila dapat tahu ada masalah tunggakan gaji di sini, jadi itu membuatkan mereka membuat pertimbangan teliti untuk bermain,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul




Selain KL City, beberapa lagi pasukan tempatan dipalit masalah gaji antaranya Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sabah FC dan Sri Pahang FC.

Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertegas bahawa pihaknya akan melakukan siasatan dan Malaysia turut berisiko hilang kuota Liga Juara-Juara Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sekiranya berlaku kesalahan dalam aspek pengeluaran lesen.

Ia pastinya memberi impak tidak baik dan perlu segera diselesaikan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Pemain import yang membuat semakan dan tahu mengenai isu tunggakan gaji, sudah tentu ini sesuatu yang tidak baik, jadi MFL dan FAM perlu mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini di mana semua pasukan turut bergelut.



“Mungkin juga perkara ini dapat memberi kesan kepada tahap liga kita kerana kita mungkin boleh jatuh sedikit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Liga M berpotensi hilang import ‘Gred A’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan Takut Atau Lawan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button