Pemilik syarikat ditahan, kemuka tuntutan palsu

Pemilik syarikat ditahan, kemuka tuntutan palsu

Pemilik syarikat ditahan, kemuka tuntutan palsu
SPRM

Tawau: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan sebut harga untuk kerja baik pulih serta penyelenggaraan dua sekolah bernilai kira-kira RM200,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan kira-kira 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini

“Suspek disyaki menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua sekolah di negeri ini di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE),” katanya di sini hari ini



Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau esok.

Pemilik syarikat ditahan, kemuka tuntutan palsu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gerakan Takut Atau Lawan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button