Piala AFF B-19: Malaysia tamatkan saingan di tempat keempat
Piala AFF B-19: Malaysia tamatkan saingan di tempat keempat
KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara terpaksa berpuas hati menamatkan aksi Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di tempat keempat apabila tewas 3-5 kepada Australia pada penentuan penalti.
Terdahulu,skuad kendalian Juan Torres Garrido pamer semangat juang tinggi apabila mengikat lawan 1-1 dalam masa permainan sebenar.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia yang juga juara bertahan gagal menebus kecewa selepas tunduk 0-1 kepada tuan rumah, Indonesia pada saingan separuh akhir, kelmarin.
Terdahulu, Australia yang juga juara lima kali memulakan perlawanan dengan aksi garang dan memaksa pemain negara terpaksa beri fokus kepada tugasan bertahan.
Usaha berterusan Australia akhirnya membuahkan hasil apabila membuka jaringan menerusi Marcus Younis pada minit ke-28.
Bersambung babak kedua, pemain negara terus pamer semangat melawan dan asakan diatur memaksa pemain lawan, Jake Najdovski tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-73.
Bagaimanapun, nasib lebih berpihak kepada Australia yang berjaya memastikan kemenangan pada penentuan penalti. – KOSMO! ONLINE
Piala AFF B-19: Malaysia tamatkan saingan di tempat keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Erdogan: Sudah Sampai Masanya Turkiye Masuk Israel Untuk Bantu Palestin
- Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan?
- Himpunan tolak kerajaan tidak laku, rakyat sudah jemu.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :