DUN Nenggiri – Tekanan dan bebanan dibahu PAS, bukan kepada UMNO

 

Oleh Adam Malik.

DUN Nenggiri – Tekanan dan bebanan dibahu PAS, bukan kepada UMNO.



PRK datang lagi.

Kali ini PRK digelanggang dan negeri PAS.

Mungkin boleh dikatakan DUN Nenggiri pernah jadi kerusi atau kubu UMNO, tetapi semenjak wujud “Green Wave” atau gelombang hijau, semua kerusi DUN dan Parlimen di negeri Malay Hub sudah dikira milik PAS.

l



Maka, kali ini beban menang adalah kepada PAS untuk pertahankan nya dan bukan beban kepada UMNO.

Senario politik hari ini juga menunjukan PAS berjaya tawan hati orang Melayu dan Islam dengan isuo Islam tergugat dan Melayu tergugat , maka “advantage” adalah kepada PAS untuk membuktikan PAS disokong 100% oleh orang Melayu Islam.



UMNO boleh dikira sebagai “underdog” jika diambil kira kemenangan PAS pada PRN negeri yang lalu.

PAS dan ahlinya yang sentiasa berbangga menang banyak kerusi tetapi tidak pernah dapat cerita apa yang telah dilakukan kepada kawasan yang mereka menang, kerana penyokong PAS sokong membabi buta dan sokong retorik kosong berjuang untuk Islam.

Namun apabila disuruh perincikan apa itu berjuang untuk Islam, penyoal tidak akan dapat jawapan, sebalik nya akan dapat maki hamun.

Itu pun penyoal dikira bernasib jika tidak digelar kafir atau tidak diajak bertinju.



Itu cara orang PAS selesaikan kebuntuan berhujah.

Pada PRK Nenggiri PAS telah meletak calon nya Mohd Rizwadi Ismail 41 tahun untuk berhadapan calon dari PH/BN.

BN/PH pula meletakan Azmawi Fikri Abd Ghani sebagai pencabar.

Tiada apa yang pelik terhadap calon dari UMMO, namun ada sesuatu yang songsang berkaitan calon dari PAS.



Ini kerana calon wakili PAS baru sahaja sertai Parti BERSATU sebelum diumum menjadi calon PRK DUN Nenggiri.

PAS sememang terkenal sebagai parti yang penuh muslihat dan tipu helah.

Hanya yang menyelamatkan PaS ada lah logo “Islam” yang mereka tunggang.

Dengan menunggang agama Islam PAS dapat perisai lindung diri dari umat Islam yang miliki sedikit akal.



Mereka mereka ini golongan yang sangka akidah dan amalan agama bergantung kepada sebuah parti politik yang lahir 1500 tahun selepas wafat Rasulullah.

Apa pun PRK DUN Nenggiri akan menjadi tempat pembuktian bahawa orang Melayu sudah menolak UMNO secara total, kerana 8n8 yang diwar warkan oleh PAS dan ini juga kawasan majoriti Melayu yang PAS perlu menang banyak.

Jika Calon BN/PH dapat bersaing dengan jumlah undi agak “substantial” pun sudah memadai untuk menyatakan Gelombang Hijau sudah gagal.

Sama ada akan muncul isu kafir atau isu BN DAP atau isu Blackrok-Sumpah Qunut sama sama lah kita tunggu.

Ini kerana amat mustahil isu pembangunan rakyat akan dimainkan oleh PAS.

PAS parti kuat bercakap dan berceramah, bukan parti yang kuat berkerja untuk rakyat.

Ia terbukti dengan 30 tahun PAS memerintah Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button