Mungkinkah Ini Yang Di Katakan Rela Dalam Paksa?
Mungkinkah Ini Yang Di Katakan Rela Dalam Paksa?
Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, diumumkan sebagai calon PPBM pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.
Rizwadi adalah pesara TLDM dipilih kerana faktor usia calon yang masih muda memandangkan pengundi muda di DUN Nenggiri adalah tinggi.
Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud pada Majlis Pengumuman Perikatan Nasional.
“Calon diumumkan seorang aktivis yang aktif dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang selain seorang pesara TLDM.”
“Mohd Rizwadi yang juga penduduk di Bertam Lama dan menyertai PPBM demi penduduk Nenggiri.”
“Beliau tidak pernah meminta untuk menjadi calon sebaliknya ini adalah pilihan Perikatan Nasional yang memilih beliau”, dakwa Nasaruddin.
Dalam majlis yang sama, Rizwadi juga telah diminta untuk melafazkan sumpah laknat.
Ia sebagai pengikat janji yang dia tidak akan berubah haluan ataupun menukar sokongan jika dipilih sebagai Adun Nenggiri.
Beliau juga turut berikrar untuk patuh kepada perlembagaan serta dasar-dasar perjuangan parti itu selagi mana tidak bercanggah Islam
“Sekiranya saya meninggalkan PPBM, terhenti menjadi ahli, bertukar ke parti lain, menyokong parti lain atau kepimpinan parti lain.”
“Dengan kerelaan saya sendiri, selepas dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Adun maka saya akan dilaknat oleh Allah dan Rasul.”
“Segala perbelanjaan saya serta keluarga saya dengan menggunakan wang gaji dan elaun Adun terbabit adalah haram.”
“Dan Allah bersaksi atas apa yang saya lafazkan ini,” kata Rizwadi di Masjid Hijau Renok, Gua Musang.
Orang Jawa pernah mengingatkan kita, a picture is worth a thousand words.
Ketika melafazkan sumpah laknat, mengapa perlu Takiyuddin Hassan mengangkat tangan Rizwadi?
Tidak mungkin sebagai bekas anggota TLDM, Rizwadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika mengangkat sumpah.
Atau inikah yang dikatakan sebagai rela dalam paksa?
Dan akan sahihkah sumpah yang dilafazkan dalam keadaan begitu?
Mungkinkah Ini Yang Di Katakan Rela Dalam Paksa?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Gerakan Takut Atau Lawan?
- Erdogan: Sudah Sampai Masanya Turkiye Masuk Israel Untuk Bantu Palestin
- Beranikah Perikatan Nasional Singkir Gerakan?