Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib

Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib

Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib

 

29 Julai 2024, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding bankrap ke atas DS Najib.

Pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan memutuskan DS Najib perlu melunaskan cukai tertunggak.



Selepas menolak rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.

DS Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah dibuat sebelum itu.

Membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus dalam kes tunggakan cukai terhadap beliau.

Penghakiman terus ialah mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.



Sebelum itu, pada Julai 2019, LHDN telah menuntut taksiran cukai tambahan RM1.69 bilion daripada bekas DS Najib untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Bilakah notis tambahan taksiran cukai tambahan dikeluarkan oleh LHDN?

Ia dikeluarkan pada tahun 2019 ketika Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir berkuasa.

Apakah sebenarnya taksiran cukai tambahan yang dituntut oleh LHDN ke atas DS Najib?



Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib (1)

 

Dari infografik di atas, jelas menunjukkan tuntutan cukai pendapatan LHDN ke atas DS Najib melonjak tinggi dari 2011 hingga 2015.

Mengapa ‘pendapatan’ DS Najib secara tiba-tiba meningkat dari 2011 hingga 2015?



Dan kemudiannya menurun semula pada tahun 2016 dan 2017?

Perkara ini telah dijelaskan oleh peguambela DS Najib dalam perbicaraan kes 1MDB.

Antara lain peguambela DS Najib berkata, DS Najib telah menerima hadiah AS$100 juta daripada seorang lelaki kerabat diraja Arab Saudi pada 2011.

Hujah beliau telah dibuktikan melalui surat yang dirujuk kepada saksi ke-37 pendakwaan, Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.



DS Najib kini sedang menunggu keputusan perbicaraan kes 1MDB atas tuduhan penyelewengan dana 1MDB yang sebenarnya adalah duit sumbangan dari kerajaan Arab Saudi.

Persoalannya, sejak bilakah ada undang-undang di Malaysia yang mewajibkan cukai ke atas duit yang dikatakan telah dicuri?

Sekiranya tuntutan LHDN ke atas DS Najib dibenarkan, apakah status dana yang sedang dibicarakan dalam kes 1MDB?

 



Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button