Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz
Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz
Calon Perikatan Nasional untuk pilihanraya kecil DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, sebelum ini dikenali sebagai bekas anggota TLDM.
Tetapi apabila namanya telah diisytiharkan sebagai calon Perikatan Nasional di pilihanraya kecil DUN Nenggiri, sudah tentu beliau mesti di naik taraf.
Bersesuaian dengan DUN Nenggiri yang berada di negeri Kelantan dan di bawah pemerintahan kerajaan PAS.
Mungkin biodata sebagai bekas anggota TLDM didapati tidak berapa menyengat untuk menarik sokongan pengundi di DUN Nenggiri.
Untuk rekod, DUN Nenggiri berada di bawah parlimen Gua Musang yang sebelum ini merupakan kubu kuat kepada Tengku Razaleigh (Ku Li).
Dan di peringkat parlimen, Ku Li hanya tewas dengan majoriti tipis kepada calon Perikatan Nasional dalam PRU 15.
Dan Ku Li pula dilapurkan didakwa sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Nenggiri.
Perikatan Nasional terutamanya PAS sememangnya menjangkakan saingan sengit akan datang dari calon PH/BN.
Pertama kerana pengaruh Ku Li ke atas pengundi di Gua Musang, termasuk di DUN Nenggiri tidak boleh dipandang ringan.
Apa lagi kali ini, Ku Li boleh menumpukan perhatian dan menggerakkan sepenuhnya jentera beliau untuk membantu calon PH/BN.
Kedua kerana kali ini mereka akan berhadapan dengan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Senario ini sudah pasti berbeza dengan PRU 15 dan juga Pilihanraya Negeri Kelantan yang lalu.
Jadi di sebabkan PAS juga akan terlibat dengan kempen memenangkan Rizwadi dan Kelantan adalah negeri pentadbiran PAS, maka beliau mesti dinaik taraf.
Walau pun sebelum ini beliau pernah melompat dari PAS ke PPBM.
Tetapi itu semua adalah halalun toyibban bagi PAS.
Bukan sahaja pakaian sekarang ini diwajibkan untuk memakai kopiah putih, tapi namanya turut dinaik taraf kepada Ustaz Rizwadi.
Biasalah, parti Melayu Isley…
Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz
Di Syorkan Untuk Anda:
- Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan
- Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib
- Mungkinkah Ini Yang Di Katakan Rela Dalam Paksa?