Fakta menunjukan Najib Perdana Menteri terbaik Malaysia.

Oleh Adam Malik

Fakta menunjukan Najib Perdana Menteri terbaik Malaysia.

Jika ikut fakta dan data pencapaian semua Perdana Menteri , maka tidak dapat dinafikan Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri yang terbaik Malaysia pernah ada.



Untuk menilai Prestasi dan pencapaian seorang Perdana Menteri apa yang diperlukan ada lah melihat statistik dan maklumat data.

Pencapain ini tidak boleh dinilai bersandarkan menyokong atau tidak menyokong seseorang Perdana Menteri itu.

Menurut pendapat dan kajian seorang penganalisis politik Dr Hussain Yusri Zawawi , diantara semua Perdana Menteri, DSNR adalah yang paling terbaik didalam hal urusan menjaga kebajikan rakyat.



“Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya wajar dianggap antara Perdana Menteri terbaik Malaysia kerana berjaya menjaga kebajikan rakyat dan tidak meminggirkan pembangunan negara semasa zaman pentadbirannya” – Hussain Yusri Zawawi.

Tidak dinafikan DSNR paling banyak memberi wang kerajaan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan insentif.

Tun Mahathir yang dapat peluang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali pun tidak dapat menyaingi pencapaian DSNR.

Dari sudut pencapaian ekonomi pun begitu juga.



Semua Perdana Menteri selepas DSNR tidak perlu berusaha keras mencari wang kerana wang hasil sisa pencarian Najib terlalu banyak.

Tun Mahathir sendiri berjoli sakan menjual banyak aset negara hasil pencarian kerajaan Najib.

Begitu juga Muhyiddin Yassin , ketika menjadi Perdana Menteri sempat berbelanja sekitar RM600 bilion termasuk perbelanjaan darurat.



Ini semua terhasil dari kejayaan Najib mengurus ekonomi dan dari data yang diperolehi ketika Najib menjadi PM.

“Selain BR1M, banyak inisiatif yang rakyat lihat sendiri depan mata mereka semasa pentadbiran Najib antaranya Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dibuka di ceruk-ceruk kampung, desa dan bandar.

 

Jika Tun Mahathir terkenal sebagai suka mengalihkan wang rakyat kepada kroni kroni melalui projek dan “bailout” Najib pula melakukan sebalik nya.



Sudah banyak pembuktian berkenaan pencapain Najib dalam sembilan tahun pemerintahan nya lebih baik dari duapuluh dua tahun pemerintahan Tun Mahathir termasuk duapuluh dua bulan kali kedua naik berkuasa.

Sebelum ini , Menteri Besar Johor, On Hafiz turut menyatakan Najib sebagai PM yang terbaik.

On menyatakan sedemikian dalam satu majlis peringkat negeri.

Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh turut mengesah dan menyatakan penyampaian Habat DSNR dalam satu ucapan nya.



Mereka semua berani menyatakan hal yang sama kerana berdasarkan fakta dan bersedia berhadapan sesiapa sahaja yang membantah tanpa fakta dan hujah.

Apakah perlu pengesahan dari ramai pihak untuk menyatakan
Pencapaian Najib? Tentu tidak perlu, ini kerana maklumat mudah diperolehi dan kebenaran terlalu jelas untuk dinafikan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button