Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
Al-Quds adalah tanah yang Allah SWT wakafkan kepada semua umat Islam sehingga ke hari kiamat.
Sebab itu ketika pelobi Yahudi mahu membeli Al-Quds yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II enggan menjualnya.
Baginda berkata, aku tidak akan sekali-kali menjual Al-Quds walau apa pun tawarannya dan kepada sesiapa pun, kerana Al-Quds adalah tanah yang diwakafkan kepada umat Islam.
Sebab itu bila saudara kita di Palestin dizalimi dan tanah mereka dirampas secara paksa, menjadi kewajiban untuk kita mempertahankannya.
Di Malaysia wujud pelbagai NGO yang mengumpulkan dana awam untuk membantu warga Palestin yang berterusan dizalimi oleh pengganas IDF.
Tetapi di sebalik niat yang murni itu, terselit beberapa manusia berhati binatang.
Yang mengambil kesempatan di sebalik penderitaan rakyat Palestin.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan siasatan SPRM ke atas AMAN Palestin yang didakwa menyelewengkan dana yang diterima.
Kini muncul pula kes seorang pemimpin NGO yang kononnya pro Palestin terlibat dalam kes salah laku yang tidak bermoral.
Beliau ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, sejak enam ke lapan tahun lalu.
Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.
Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.
Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.
Di samping itu, beliau merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel.
Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
Di Syorkan Untuk Anda:
- Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan
- Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib
- Mungkinkah Ini Yang Di Katakan Rela Dalam Paksa?