Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

 

Dr Mahathir telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas 2 minggu menerima rawatan kerana batuk.

Sama ada batuk kering atau batuk basah, penulis tidak dapat pastikan.



Itu bukan isu bagi penulis, malah penulis turut gembira dan berharap semuga kesihatan Dr Mahathir pulih kembali.

Kalau mengikut angan-angan Dr Mahathir, Malaysia bakal mencatat sejarah dunia bila mempunyai seorang perdana menteri berusia lebih satu abad.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengumumkan, SPRM akan membuka semula siasatan kes kapal selam Scorpene.

Menurut Azam Baki, ianya berikutan ada penemuan baharu dalam kes kapal selam Scorpene.



Dan SPRM dijangka akan memanggil 4 orang saksi untuk dirakamkan keterangan mereka untuk membantu siasatan.

Penulis bukan mempersoalkan tindakan SPRM membuka semula siasatan kes kapal selam Scorpene, kerana itu adalah tugas dan tanggungjawab mereka.

Apa yang penulis bahaskan kali ini adalah cara media melapurkan kenyataan Azam Baki.

Kebanyakan media dilihat memberikan lapuran yang sangat tidak adil dan bersikap seolah-olah mahu mewujudkan semula naratif semua salah Najib.



Paling ketara adalah lapuran yang dibuat oleh portal Harapan Madani.

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula (1)

Tajuk artikel mengenai kes kapal selam Scorpene yang dibuka semula oleh SPRM, tetapi gambar yang disiarkan adalah gambar DS Najib.

Manakala dalam laporan Berita Harian pula, nama DS Najib tetap dikaitkan dengan kes kapal selam Scorpene di dalam para terakhir.



Perkara yang sama turut dilakukan oleh Malaysiakini dan Harian Metro.

Persoalan yang penulis timbulkan sekarang, apakah kenyataan Azam Baki ada menyatakan DS Najib sebagai antara 4 orang yang akan dipanggil?

Jadi mengapa media mengaitkan nama DS Najib dengan kenyataan Azam Baki?

Media Mesti Lebih Adil Dalam Membuat Laporan

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula (2)



 

Oktober 2012, Yves Charpenel pernah menegur media di Malaysia mengenai isu kapal selam Scorpene.

Siapa Yves Charpenel?

Yves Charpenel adalah bekas ketua pendakwaan di Perancis.



Ketika itu beliau adalah seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini.”

“Tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media.”

“Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.”

“Untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta hakim siasatan untuk menyiasat.”

“Dia hanya seorang penyiasat.”

Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean.”

“Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama.”

“Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.”

“Seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.”

“Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.”

“Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan.”

“Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” tegas Yves Charpenel.

Pada Ogos 2017, media melaporkan penasihat DS Najib kononnya didakwa di mahkamah Perancis berkaitan kes kapal selam Scorpene.

Walau bagaimana pun, Razak Baginda telah menafikan laporan tersebut.

Seperti kata Razak Baginda dalam penafian beliau, jika hari ini hari Jumaat tetapi orang nak kata hari Khamis, apa boleh kita buat.

Faktanya tidak ada individu yang pernah didakwa di Perancis berkaitan kes kapal selam Scorpene.

Versi Dan Halatuju Cerita Kapal Selam Scorpene Di Malaysia

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula (3)

 

Dan menjadi kelaziman di Malaysia, bila timbul cerita tentang Scorpene, maka akan timbul kembali cerita tentang pembunuhan mendiang Altantuya.

Bila timbul cerita pembunuhan mendiang Altantuya, maka akan dikaitkan dengan DS Najib dan Razak Baginda.

Walau pun terbukti mendiang Altantuya tidak ada kaitan dengan pembelian atau kontrak kapal selam Scorpene.

Mendiang Altantuya tidak fasih berbahasa Inggeris, apa lagi bahasa Perancis.

Manusia yang mula-mula mahu kertas siasatan kapal selam Scorpene di buka semula adalah Dr Mahathir.

Tetapi Dr Mahathir menafikan isu kapal selam Scorpene dijadikan sebagai senjata untuk menyerang pemimpin UMNO.

Beliau mendakwa pemimpin UMNO disiasat kerana terlibat dengan rasuah.

Sama seperti kata-kata dalam amanat Hadi Awang.

Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO.

Jadi tidak hairanlah bila Dr Mahathir keluar dari IJN, maka isu kapal selam Scorpene timbul balik.

Hendak bercakap tentang penyatuan Melayu, orang dah tak nak dengar.

Hendak menggunakan slogan demi rakyat atau orang mahu beliau menjadi perdana menteri semula, orang dah menyampah.

Atau mungkinkah ianya digunakan sebagai platfom untuk mengalih perhatian dari isu RCI Pulau Batu Puteh?

Tanya jer…

 

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button