Apa keputusan kes Pulau Batu Puteh?

Oleh Adam Malik

Apa keputusan dan hasil perbicaraan RCI Pulau Batu Puteh terhadap Mahathir?

Setelah diadakan perbicaraan terhadap siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh (PBP) terhadap Tun Mahathir , maka ramai rakyat tertanya apa kesudahannya?



Hal ini telah menjadi kepentingan awam kerana isu PBP adalah isu pengkhianatan oleh seorang mantan Perdana Menteri berurusan dengan negara jiran tanpa merujuk Peguam Negara atau pun jemaah Menteri.

Seperti kata Menteri Undang Undang Datuk Azalina Othman, ia dilakukan secara senyap senyap dalam keadaan tergesa gesa.

Maka atas perlakuan ini, pasti sekali datang syak wasangka terhadap Tun Mahathir seolah olah bertindak atas sebab sesuatu yang menakutkan beliau.



Maka, atas sebab itu lah perlu diadakan RCI untuk panel hakim mengetahui sebab musabab tindakan Tun Mahathir.

Keadaan bertambah teruk apa bila sikap Tun Mahathir seolah olah mencari helah untuk tidak mahu menghadapi perbicaraan.

Antara helah digunakan ada lah konon nya salah seorang yang dilantik mengepalai siasatan dan Perbicaraan ia itu Tun Raus tidak layak dan harus ditukar terlebih dulu.



Tun Mahathir perguna pihak peguam nya untuk mrnyatakan tidak akan hadir prosiding jika pihak komisyen tidak mengganti Tun Raus dengan orang lain.

Ini sebenar nya satu helah sahaja untuk melambatkan kes dari didengar.

Sebelum ini Tun Mahathir juga tidak senang dengan Tan Sri Appandi Ali dan tidak mahu kerjasama jika badan penyiasst melantik nya.

Hakikatnya, Tun Mahathir tiada jawapan solid kenapa beliau melepaskan PBP dan Tubir Selatan secara tergesa gesa.



Hanya bila dipesan beliau boleh ditangkap , baru lah Tun Mahathir akur.

Tun Mahathir pernah cuba pedaya rakyat dengan jawapan jawapan seperti kos untuk teruskan kes tersangat mahal , Malaysia sudah tiada peluang untuk menang dan konon atas nasihat peguam antarabangsa.

Malah Tun Mahathir cuba bandingkan dengan keadaan Pulau Langkawi.

Namun,perkara pokok sebab RCI ditubuhkan tetap tidak dijawap oleh Tun Mahathir, ia itu kenapa tidak buat keputusan bersama sama kabinet atau dengan perbincangan bersama Peguam Negara jika itu alasan nya ?



Itu lah sebab kes diwujudkan.

Ada pihak mengesyaki ada sesuatu yang akibatkan Tun Mahathir takut kepada negara jiran.

Ini kerana keputusan dibuat oleh Tun Mahathir seolah olah menunggu sahaja beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana tindakan menyerah PBP telah dibuat sebelum pun kering tanda tangan beliau menjadi Perdana Menteri kali kedua.



Hatta, kerajaan perlu umum keputusan panel siasatan RCI PBP kepada rakyat.

Lakukan seperti mana Tun Mahathir bertindak terhadap kes 1MDB dengan cara gemparkan kepada seluruh dunia.

Rakyat berhak tahu “finding” terhadap kes pengkhianatan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button