Olimpik Paris: Legenda tenis hambar tanpa pingat

Olimpik Paris: Legenda tenis hambar tanpa pingat

Olimpik Paris: Legenda tenis hambar tanpa pingat
NADAL (kiri) dan Alcaraz gagal menepati ramalan selaku pilihan utama apabila tersingkir di peringkat suku akhir. – AFP

PARIS – Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui saingan Roland Garros mungkin menjadi penampilan terakhirnya selepas dia tersingkir dalam acara beregu lelaki ketika bergandingan dengan Carlos Alcaraz di Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi semalam.

Nadal dan Alcaraz yang digelar ‘Nadalcaraz’ dianggap sebagai gandingan emas selepas menampilkan aksi memukau dalam dua perlawanan awal di Paris kali ini dengan menewaskan pasangan dari Argentina serta Belanda.

Bagaimanapun, aksi cemerlang tersebut gagal diteruskan di peringkat suku akhir apabila tumpas straight-set 2-6, 4-6 kepada gandingan pilihan keempat dari Amerika Syarikat (AS), Austin Krajicek-Rajeev Ram.



Ketika ditanya sama ada dia akan kembali mewarnai saingan Roland Garros pada masa depan, Nadal menjelaskan kemungkinan perkara tersebut tidak akan berlaku.

“Mungkin, saya tidak tahu. Jika itu kali terakhir, bagi saya ia adalah perasaan dan emosi yang tidak dapat dilupakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib




“Mereka memberi kasih sayang dan sokongan setiap detik saya berada di atas gelanggang. Bagi saya, ia sangat istimewa terutama bersaing di tempat ini.

“Kekalahan ini mengecewakan kerana saya tidak membawa pulang pingat untuk Sepanyol. Namun, saya mencuba yang terbaik setiap minit saya di atas gelanggang tetapi ia tidak mencukupi untuk mencapai matlamat,” katanya.

Dalam pada itu, Nadal turut menjelaskan kemungkinan dia tidak akan menyertai Terbuka AS tahun ini yang pernah dimenangi sebanyak empat kali dalam kariernya. – AGENSI

Olimpik Paris: Legenda tenis hambar tanpa pingat



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button