Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengecam META dengan memberi peringatan supaya jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel.
“META sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin.”
“Menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.”
“Sangat tidak masuk akal.”
“Apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya,” kecam Anwar.
Kenyataan Anwar dibuat selepas selepas META menurunkan gambar di akaun media sosial miliknya.
Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.
Sebelum itu, Instagram memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan.
Alasannya kerana mengandungi simbol, pujian atau sokongan ke atas orang yang di takrifkan sebagai bahaya.
Pejabat Perdana Menteri telah mengecam pemilik Instagram, META.
Kerana menurunkan gambar di akaun milik perdana menteri Anwar Ibrahim.
Bahagian Media & Komunikasi Strategik memaklumkan tindakan META itu ternyata memperlihatkan diskriminasi.
Dari pemilik platform media sosial itu terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara terbabit.
“Sehubungan itu, kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini dan mendesak META memohon maaf,” tuntut kenyataan itu.
Allahyarham Ismail dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas kediamannya di Tehran, Iran.
Beliau dikatakan berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.
Ini bukan kali pertama hantaran oleh pihak Malaysia yang memaparkan Hamas diturunkan.
Hantaran berkenaan pertemuan Anwar dengan Ketua Biro Politik Hamas itu sebelum ini turut diturunkan.
Namun ia dikembalikan kemudiannya, dengan META menyatakan ia diturunkan secara silap.
Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula
- Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
- Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz