Zii Jia terus membara ke suku akhir Olimpik Paris
Zii Jia terus membara ke suku akhir Olimpik Paris
KUALA LUMPUR – Aksi konsisten terus dipamerkan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selepas berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, bekas juara Asia dan All England itu membenam cabaran pemain tuan rumah, Toma Junior Popov menerusi kemenangan straight set 21-13, 24-22.
Meskipun berdepan ribuan penyokong tuan rumah, namun pemain No.7 dunia itu kekal tenang serta bermain seperti biasa dan memerlukan masa 18 minit sahaja untuk memastikan kemenangan 21-13 di set pertama.
Bagaimanapun, Zii Jia dipaksa meningkatkan tahap permainannya di set kedua apabila Popov seolah-olah mendapat keyakinan baharu menerusi aksi-aksi yang lebih tangkas sehingga membolehkan dia mendahului 13-11.
Seolah-olah enggan diheret beraksi di set penentuan, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu mula menggandakan serangan ke arah lawannya sehingga berjaya mengikat kedudukan 15-15, sekali gus menjadikan perlawanan semakin panas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Ketika Zii Jia hampir menamatkan permainan pada kedudukan 20-18, Popov secara tiba-tiba mendapat semangat baharu apabila berjaya menyamakan kedudukan 20-20, namun tuah nyata memihak kepada Zii Jia apabila menang 24-22.
Menanti Zii Jia di pusingan suku akhir esok adalah pilihan keempat dari Denmark, Anders Antonsen yang mendapat ‘bye’ pada pusingan 16 terbaik.
Berdasarkan rekod pertemuan, Antonsen dilihat memiliki kelebihan ke atas pemain berusia 26 tahun itu apabila mencatat lima kemenangan dalam lapan pertemuan, namun aksi terakhir pada Malaysia Masters Mei lalu memihak kepada Zii Jia. – KOSMO! ONLINE
Zii Jia terus membara ke suku akhir Olimpik Paris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
- Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz
- DUN Nenggiri – Tekanan dan bebanan dibahu PAS, bukan kepada UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula