EPL: Krisis kecederaan hantui Man. United

EPL: Krisis kecederaan hantui Man. United

EPL: Krisis kecederaan hantui Man. United
YORO mengalami kecederaan kaki ketika menentang Arsenal memaksanya untuk diketepikan untuk tempoh tiga bulan. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Biarpun musim baharu belum bermula, Manchester United dilapor sekali lagi berdepan krisis kecederaan melibatkan dua pemain yang dianggap tonggak penting mereka pada kempen kali ini.

Pemain pertahanan baharu, Leny Yoro mengalami kecederaan kaki dan dilapor perlu berehat selama tiga bulan, manakala penggempur muda, Rasmus Hojlund pula terpaksa diketepikan untuk tempoh enam minggu.

Yoro mengalami kecederaan tersebut ketika aksi pramusim menentang Arsenal di Los Angeles minggu lalu ketika turun pada aksi keduanya selepas melengkapkan perpindahan bernilai £58.9 juta (RM343.78 juta) dari Lille dengan kontrak selama lima tahun.



Hojlund yang berjaya meledak gol ketika menentang Arsenal terpaksa dikeluarkan pada minit ke-16 dan pada awalnya dia dilapor mengalami kecederaan biasa, namun pemeriksaan lanjut mendapati ia agak teruk dan bakal terlepas aksi awal musim.

United juga berdepan keresahan ketika mencatat kemenangan 3-2 menentang Real Betis kelmarin apabila Marcus Rashford terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada buku lali kanan, manakala Antony mengalami masalah pada tangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis



Situasi yang dihadapi Yoro menyaksikan dia hanya akan kembali beraksi pada hujung Oktober dan terlepas sembilan aksi Liga Perdana Inggeris termasuk menentang Liverpool, Tottenham Hotspur, Aston Villa serta aksi United dalam saingan Liga Europa dan Piala Liga Inggeris.

Sementara itu, Hojlund juga dijangka terlepas aksi Piala Perisai Komuniti menentang Manchester City pada 10 Ogos nanti serta aksi pertama United di tempat sendiri menentang Fulham seminggu kemudian.

Dia hanya dijangka kembali turun beraksi ketika United bakal ke Anfield untuk menentang Liverpool pada aksi keempat, 1 September nanti. – AGENSI

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button