Himpunan Solidariti Palestine Ahad Ini
Himpunan Solidariti Palestine Ahad Ini
Malaysia sudah menzahirkan ketegasannya berhubung kekejaman terbaharu Israel hingga menyebabkan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Anwar Ibrahim berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada hari Ahad ini di Axiata Arena Bukit Jalil.
Ia memberi tanda solidariti rakyat Malaysia bagi perjuangan pembebasan Palestin serta pembunuhan kejam.
“Menteri Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan di Dewan Negara.”
“Kita sudah bincang bersama kabinet, sudah buat kenyataan tegas dan mengutuk kekejaman yang berterusan.”
“Pembunuhan, kegilaan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Ismail Haniyeh.”
“Kita akan adakan perhimpunan pada hari Ahad ini.”
“Saya ingat (kira) ia sudah cukup untuk menyampaikan mesej serta menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin,” tegas Anwar Ibrahim.
Pembunuhan pemimpin Hamas dan ketua biro politik, Haniyeh mencetuskan kecaman meluas daripada pemimpin dan pegawai di seluruh dunia.
Hamas mengumumkan pada awal Rabu bahawa ketua biro politiknya terbunuh dalam serangan udara Israel.
Rejim pengganas Zionis menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Teheran, menurut laporan media antarabangsa.
Haniyeh berada di Teheran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian pada Selasa.
Kepada semua rakyat Malaysia, mari kita beramai-ramai bersolidariti untuk Palestin pada hari Ahad ini.
Kita ketepikan seketika perbezaan pendapat, perbezaan ideologi politik antara kita.
Kekejaman rejim pengganas Zionis merentasi batas agama, negara, bangsa dan politik.
Sekiranya penduduk dunia boleh bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka terhadap kekejaman rejim pengganas Zionis, mengapa tidak kita?
Tidak malukah kita dengan sahabat kita di bahagian dunia yang lain sanggup berhadapan dengan apa juga risiko demi menzahirkan bantahan mereka.
Sedangkan kita di sini hanya berpeluk tubuh.
Kekejaman yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis adalah di luar batasan kemanusiaan.
Ia bukan lagi isu kekejaman ke atas penganut agama Islam, tetapi ia adalah isu kekejaman ke atas manusia.
Kita tidak perlu menjadi penganut agama Islam untuk bersolidariti kerana kita semua adalah manusia.
Himpunan Solidariti Palestine Ahad Ini
Di Syorkan Untuk Anda:
- UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah