JDTEA lancar jelajah pembangunan e-Sukan

JDTEA lancar jelajah pembangunan e-Sukan

JDTEA lancar jelajah pembangunan e-Sukan
SHAHRILNIZAM memberi penerangan kepada pelajar di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

PETALING JAYA – Persatuan Esport Johor Darul Takzim (JDTEA) melancarkan Program Jelajah Pendidikan Esukan pertama di Malaysia bagi mendidik generasi muda berkaitan pembangunan sukan elektronik kebangsaan (NESDEG) termasuk laluan kerjaya.

Presiden JDTEA, Mohd. Shahrilnizam Omar berkata, seramai 65 pelajar daripada Kelab Esukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor telah dipilih menjadi kumpulan pertama didedahkan dengan modul Sekolah NESDEG dari Esports Integrated.

“Program ini bertujuan membina sebuah ekosistem yang mampan dan lestari dengan memperkenalkan laluan kerjaya di dalam sukan elektronik serta mempromosikan healthy gaming.



“Ia juga bagi merangsang minat para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus-kursus berkaitan sukan elektronik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, para pelajar juga diberikan peluang untuk mencipta pengalaman baharu bermain permainan menerusi demonstrasi dan pameran yang disediakan di bawah program berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Mengulas lanjut, beliau berkata, para guru turut diberi penerangan berkenaan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan antaranya membina sahsiah diri melalui Kod Tatakelakuan dan Etika serta mengawal ketagihan permainan video.

“Kita juga menerangkan berkenaan dengan laluan kerjaya dalam industri e-Sukan di Malaysia.

“Program ini akan diteruskan di setiap daerah di Johor dengan menyasarkan satu sekolah dan satu institut pendidikan tinggi di setiap daerah, selain mengalu-alukan sesiapa sahaja sahaja untuk berkolaborasi dalam program ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

JDTEA lancar jelajah pembangunan e-Sukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button