Harith Iskander : Tiada Sebab Perceraian Ini Harus Jadi Buruk & Bermusuhan
Harith Iskander : Tiada Sebab Perceraian Ini Harus Jadi Buruk & Bermusuhan
Nama pelawak terkenal, Harith Iskander menjadi bualan ramai selepas sah bercerai talak satu dengan isterinya, Dr Jezamine Lim selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.
Terkini, Harith menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila proses isu hak penjagaan anak dan pembahagian aset bersama bekas isterinya itu berjalan dengan lancar.
“Jadi hari ini (31 Julai), saya dan Dr Jezamine Lim telah hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menguruskan baki isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta dalam perceraian kami.
Syukur, proses itu berjalan dengan lancar kerana kami telah menyelesaikan semua butiran dengan baik terlebih dahulu dengan peguam kami.”-kongsi Harith
“Masih Ramai Yang Tidak percaya Dengan Perceraian Ini…”
Akui ramai yang masih belum percaya dengan perceraian mereka, Harith menyatakan bahawa dia dan bekas isteri benar-benar percaya bahawa tiada sebab perceraian harus menjadi buruk serta berlaku permusuhan.
“Masih ramai yang tidak percaya bahawa perceraian ini adalah ‘nyata’ apabila mereka membaca tentang kami dan melihat saya dan Jezamine berkomunikasi dan berkelakuan sebagai rakan.
Dan ini kerana kami benar-benar percaya tiada sebab perceraian perlu menjadi buruk dan bermusuhan.
Sudah tentu, ia membantu Jezamine cukup bijak untuk bertindak secara matang dan fokus pada gambaran besar dan tidak membiarkan isu-isu kecil mengaburi tindakan dan penilaian kita. Dengan kata lain, tiada drama.”-jelas Harith
Sekadar info, Harith dan Dr Jezamin mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, Alessandra Jayne, dan Zydane Zayne.
Harith Iskander : Tiada Sebab Perceraian Ini Harus Jadi Buruk & Bermusuhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?