Syafiqa Melvin ‘Throwback’ Momen Kejutan Hamil Buat Suami [VIDEO]

Netizen Sebak!

Syafiqa Melvin ‘Throwback’ Momen Kejutan Hamil Buat Suami [VIDEO]

Syafiqa Melvin ‘Throwback’ Momen Kejutan Hamil Buat Suami [VIDEO]

Bekas pengacara TV9 yang juga kakak kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Amirol Melvin mencetuskan rasa sebak netizen di media sosial apabila mengimbas kembali momen kejutan hamil kepada suami, Azhar Othman.

Syafiqa atau lebih mesra disapa sebagai Kak Long menerusi video yang dimuatnaik di TikTok turut memaparkan reaksi suaminya yang menitiskan air mata akibat terlalu terharu apabila menerima keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan.



“Suprise untuk suami. Dia betul-betul tak expect hadiah ni. Dia nangis kita pun auto nangis ni.

Allah bagi rezeki tepat pada masanya, kak long doakan semua yang tengah ttc dipermudahkan dan yakinlah Allah pasti kurniakan malaikat kecil pada masa dan waktu yang tepat, Dia lah yang Maha Mengatur dan Mengetahui segala-galanya.”-kapsyen Syafiqa di TikTok

@syafiqamelvin

Allah bagi rezeki tepat pada masanya, kak long doakan semua yg tgh ttc dipermudahkan dan yakinlah Allah pasti kurniakan malaikat kecil pada kita pada masa dan waktu yg tepat, Dia lah yang Maha Mengatur dan Mengetahui segala galanya . . Doakan perjalanan kami dipermudahkan hingga ke akhirnya ❤️ #foryoupage



♬ Tenanglah Jiwaku – Spirit Of Joy Worship & Martin Sunardi

“Semoga Kak Long Happy…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi suami Syafiqa yang menangis terharu dengan berita kehamilan isterinya itu, malah ramai yang menitipkan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan segala urusan.

“Teringat tengok post suami kak long kat ig haritu, ‘Alhamdulillah dapat juga aku merasa’.”

“Dia seorang yang dah berusia, perkahwinan hanya melengkapkan kehidupan dia namun jika diberikan zuriat sewaktu usianya begini, itu adalah satu bonus rezeki yang Allah berikan sepanjang hidup dia.”



“Semoga kak long happy. Lama dah kak long besarkan anak sorang-sorang. Kali ni berbahagialah dengan suami.”

“Husband kak long yang kali ni seiras kak long. Semoga bahagia hingga ke syurga kak long.”

“Alaa jangan sedih k kak long. Kami semua happy sangat bila dapat tahu kak long pregnant lagi! Kak long jangan lupa tuntut barang baby kat kami tau.”

Sama-sama kita doakan agar urusan kehamilan Syafiqa Melvin dipermudahkan dan berada dalam keadaan baik sahaja.



Syafiqa Melvin ‘Throwback’ Momen Kejutan Hamil Buat Suami [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button