2 lelaki maut, kereta bertembung lori

2 lelaki maut, kereta bertembung lori

2 lelaki maut, kereta bertembung lori
GAMBAR hiasan.

Ipoh: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang di Gopeng, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba mendapat panggilan pada 9.48 malam sebelum tiba ke lokasi lapan minit kemudian.

Beliau berkata kejadian menyebabkan dua lelaki berusia 58 dan 62 tahun itu tersepit di dalam kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami kecederaan.



“Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta terbabit. Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 10.20 malam dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

2 lelaki maut, kereta bertembung lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button