3 anggota polis hendap wanita sampai lewat malam

Oleh – Syeikh Baran


3 anggota polis hendap wanita sampai lewat malam
Tangkap layar menunjukkan wanita itu mengamuk ketika diserbu tiga anggota polis di sebuah warung. – Instagram @undercover.id

Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk selepas dia diekori tiga anggota polis hingga lewat malam, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @undercover.id, wanita itu diserbu tiga anggota polis berpakaian biasa di sebuah warung. 



Rakaman sama memaparkan wanita itu menjerit dan meminta ketiga-tiga mereka supaya tidak mengganggu dan mengekorinya. 

“Kenapa ekori saya sampai di warung? Tolong jadi orang normal, mesej atau hubungi saya. Kalau saya tidak balas biarkan sahaja,” kata wanita itu. 

Difahamkan, wanita berkenaan merupakan anak seorang suspek yang terlibat dalam kes penipuan. 

Polis mencari keberadaan suspek yang menghilangkan diri melalui anaknya, tetapi dia berkeras untuk tidak bekerjasama dan sukar dihubungi. 



“Kali ini saya sokong pegawai polis,” kata netizen. 

“Saya juga sokong polis! Tak mungkin anak tidak tahu keberadaan bapanya,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button