Aaron Chia, ChiaSoh ungguli carta ‘trending’ hadiahkan Malaysia pingat pertama

Aaron Chia, ChiaSoh ungguli carta ‘trending’ hadiahkan Malaysia pingat pertama

Aaron Chia, ChiaSoh ungguli carta ‘trending’ hadiahkan Malaysia pingat pertama
Tanda pagar Aaron Chia dan ChiaSoh terus melonjak naik di aplikasi X.

PETALING JAYA – Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya memecah tembok dengan meraih pingat pertama negara selepas mengalahkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Paris itu dilihat sangat sengit dengan masing-masing memburu pingat gangsa sehingga membawa permainan hingga ke rubber set.

Dalam pada itu, tanda pagar Aaron Chia dan ChiaSoh terus melonjak naik di aplikasi X dengan mempunyai lebih 30,000 ciapan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia sememangnya memberi tumpuan sepenuhnua kepada perlawanan malam ini (waktu Malaysia).



Orang ramai juga rata-rata menyifatkan sepanjang perlawanan berlangsung, pasangan beregu negara itu memberikan fokus serta komitmen lebih 100 peratus apabila mereka berjaya bangkit dalam set kedua dan ketiga.

Ia juga dikatakan seperti menonton aksi final dan kemenangan tempat ketiga itu diibaratkan kejayaan meraih pingat emas. – KOSMO! ONLINE


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis



 

Aaron Chia, ChiaSoh ungguli carta ‘trending’ hadiahkan Malaysia pingat pertama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button