Ambiga Bakal PM 11

Ambiga Bakal PM 11

Ambiga Bakal PM 11

 

Bagi Ambiga Sreenevasan, mantan Presiden Badan Peguam Malaysia, tidak ada kerajaan atau perdana menteri yang memusakan hati beliau.

Bermula dari Barisan Nasional, hinggalah ke era Pakatan Harapan/Barisan Nasional, semuanya salah.



Ketika Dr Mahathir memimpin Barisan Nasional, Ambiga mengecam beliau sebagai diktator yang menyalahgunakan Akta ISA.

Beliau menuduh Dr Mahathir menggunakan Akta ISA untuk menutup mulut seteru politik beliau.

Bukan hendak membela Dr Mahathir.

Kita bersetuju dengan pendapat yang Dr Mahathir telah menyalahgunakan Akta ISA.



Tetapi sekiranya kerajaan terlalu terbuka dan memberikan kebebasan bersuara tanpa had, maka ianya akan di salah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebebasan bersuara bukanlah lesen untuk kebebasan menabur fitnah serta mengadu domba.

Kemudian di era DS Najib, beliau antara individu yang vokal mendesak DS Najib letak jawatan kerana skandal 1MDB.

Bukan sahaja DS Najib didesak untuk letak jawatan, malah seluruh kabinet ketika itu didesak supaya letak jawatan.



“Bukan sahaja DS Najib yang bersalah tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia, tetapi seluruh kabinet.”

“Semua menteri yang tidak berkata apa-apa, ia adalah satu dosa kerana tidak melakukan perkara yang sepatutnya,” kata Ambiga.

Ambiga Perdana Menteri, Siti Kassim Timbalan Perdana Menteri

 

Kini tiba giliran Anwar Ibrahim memimpin negara dengan Kerajaan Perpaduan yang didominasi parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.



Sekali lagi Ambiga bersuara.

Beliau menuduh kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan paling diktator yang pernah ada di Malaysia.

Ianya ekoran pembaharuan undang-undang, termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

“Saya tidak pernah terfikir akan melihat hari apabila kerajaan pimpinan PH yang hidup di atas platform memperjuangkan pemansuhan PPPA.”



“Sebaliknya akan mengekalkannya dan mengenakan undang-undang pelesenan baru.”

“Kerajaan perpaduan kini kami boleh dinobatkan sebagai kerajaan paling diktator yang pernah kita ada, syabas!,” kata Ambiga.

Bukankah DAP, PKR dan Anwar Ibrahim adalah pemain utama kerajaan sekarang?

Dan bukankah dahulu, Ambiga sanggup ke jalanraya kerana mempertahankan mereka?



Mungkin kalau Ambiga jadi perdana menteri baru aman Malaysia.

Jangan lupa lantik Siti Kassim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Ambiga Bakal PM 11

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button