Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

“Stress Terima Mesej Tak Senonoh”-

Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

Penyanyi muda berbakat, Ara Johari, atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual daripada golongan wanita di media sosial.

Meskipun begitu, Ara masih trauma dengan insiden di mana tangannya dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun lalu.



Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

 

“Setakat ini, syukur saya belum pernah lagi terima DM (mesej secara peribadi) yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial melainkan kebanyakannya adalah pengikut lelaki.

“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi ada juga saya terima gambar-gambar tidak elok yang buatkan saya rasa ‘stress’ juga,” kata penyanyi lagu Bunga ini.



Menurut Ara, situasi menerima DM tidak senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial adalah perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan artis wanita sepertinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis


Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita



 

“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat itu (mesej tak senonoh), tapi saya kini sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”.

“Kalau nak buat ‘posting’ (hantaran) di media sosial pun, saya elakkan memberi maklumat terperinci seperti acara disertai itu, lokasinya dan masa berlangsung,” katanya, menyifatkan pentingnya menjaga keselamatan diri sendiri”.



Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

 

Mengulas mengenai penampilan dirinya yang kini lebih feminin, Ara berkata perubahan itu bukanlah disebabkan mahu mengelak daripada menerima mesej gangguan seksual di media sosial.

“Apabila saya tukar penampilan diri yang mungkin nampak lebih feminin ini, bukanlah sebagai satu sebab untuk tidak menerima lagi mesej tidak senonoh itu. Terus-terang, saya tetap ada menerimanya (mesej) sebab mungkin nafsu lelaki sebegitu’.



“Malah, saya pun tak tahulah kenapa mereka (pengikut lelaki di media sosial) macam ‘berselera’ sangat dengan saya untuk diganggu,” ujarnya.Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button