‘Arwah kata semangatnya hilang, seolah-olah sentiasa diperhatikan…’
‘Arwah kata semangatnya hilang, seolah-olah sentiasa diperhatikan…’
PEKAN: “Dua minggu lalu, arwah kata semangatnya hilang apabila seolah-olah sentiasa diperhatikan, namun tidak dinyatakan siapa yang berbuat demikian”.
Itu pendedahan Nor Azwa Farhana Abdullah, 35, sahabat Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, yang meninggal dunia bersama adiknya, Mohd Waldon Faris, 21, selepas sebuah treler terbabas dan merempuh rumah mereka di Kampung Ketapang Hilir, di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya, dia mengenali Nurnazatul Fasiha sejak tujuh tahun lalu dan mereka pernah bertugas bersama selama empat tahun di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom (RKKSHK) di Kuantan.
Katanya, arwah ada bercerita kepada rakan yang juga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang berkaitan dirinya yang tidak selesa apabila seolah-olah diperhatikan ketika mereka mengikuti kursus.
“Nurnazatul Fasiha sentiasa ceria, ramah, baik hati, suka membantu dan begitu menghormati emak serta ayahnya. Setiap kali ada masa terluang, kami akan keluar makan dan bersiar, hubungan kami juga sangat rapat,” katanya, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Nor Azwa Farhana berkata, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh adik arwah, jam 6.30 pagi semalam.
“Saya bersyukur kerana berpeluang membantu menguruskan jenazah arwah,” katanya yang menetap di Kampung Ketapang Tengah, kira-kira tiga kilometer dari rumah arwah.
Nurnazatul Fasiha yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Maran, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala adiknya meninggal di Hospital Pekan, jam 1.30 tengah hari.
Jenazah dua beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang Hilir, jam 5.30 petang semalam.
‘Arwah kata semangatnya hilang, seolah-olah sentiasa diperhatikan…’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?