Bangunan terbengkalai tertinggi di dunia

Bangunan terbengkalai tertinggi di dunia

Bangunan terbengkalai tertinggi di dunia
GOLDIN Finance 117. FOTO N509FZ

Beijing: Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 596.49 meter (m) di Tianjin, utara China, masih terbengkalai sejak memulakan pembinaannya 10 tahun lalu.

Goldin Finance 117 memegang rekod dunia sebagai bangunan terbiar dan tidak berpenghuni, yang tertinggi di dunia, selepas kerja pembinaan dihentikan beberapa tahun lalu.

Rekod Dunia Guinness (GWR) berkata, pemilik bangunan itu, pemaju Goldin Properties yang berpangkalan di Hong Kong, menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan pasaran saham China pada 12 Jun 2015, dan terpaksa menggantung kerja pembinaan pada struktur itu pada Disember tahun sama.



“Sebahagiannya lagi didorong kegagalan berprofil tinggi apabila pada April 2020, kerajaan China mengisytiharkan peraturan perancangan bandar baharu yang mengharamkan pembinaan bangunan baharu dengan ketinggian lebih daripada 500 m dan sangat mengehadkan pembinaan pada sesuatu yang lebih tinggi daripada 250 m,” katanya.

Bangunan itu cetusan idea jutawan kelahiran Hong Kong, Put Sutong sepatutnya mempunyai 128 tingkat dengan dilengkapi pusat beli-belah utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, projek itu dibatalkan menyebabkannya terbiar di tengah-tengah bandar.

Menurut SkyscraperCity Forum, kos untuk bangunan itu ialah AS$820 juta (RM3.68 bilion), namun meningkat kepada AS$1.2 bilion (RM53.9 bilion).

Pencakar langit itu kini memegang gelaran sebagai bangunan terbiar tertinggi di dunia.

Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada bangunan pencakar langit itu akan dirobohkan atau diubah suai untuk mematuhi peraturan ketinggian.



Bangunan terbengkalai tertinggi di dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button