Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.

Oleh Adam Malik

Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.

Ini lah  yang diperkatakan banyak pihak termasuk penyokong PAS.



Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS semalam , Takiyuddin Hassan menyatakan , tindakan PAS mencalonkan ahli katak nya untuk DUN Nenggiri ada lah umpama “kakak tolong adik”.

 

“PAS adalah kakak, manakala Bersatu adalah adik. Situasi yang berlaku apabila si adik mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta anak daripada kakaknya untuk membantu- Takiyuddin Hassan.



 

Semata mata untuk menghalalkan cara, seperti biasa PAS akan pusing selagi boleh.

Jika sebelum ini melompat atau keluar parti PAS m maka isteri terpaksa diceraikan sebab sumpah, kali ini demi undi dan kerusi tiba tiba melompat jadi halal pula.



Itu lah Parti PAS.

Perkara perkara seperti ini lah yang membuat orang Islam mengkritik Parti dan Pemimpin PAS.

Apabila pemimpin PAS dihemtam akibat tindakan Politik, PAS dan jenteranya akan bermain isu konon nya yang mengkritik mereka telah mengkritik Ulama.

Dalam muslihat terbaru PAS, ahli nya disuruh lompat ke Parti Bersatu dan kemudian menjadi calon untuk DUN Nenggiri.



Ini lah kerja PAS yang penuh tipu daya.

Atas sebab yang sama juga lah UMNO telah bertindak putus hubungan dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

PAS langsung tidak boleh dipercayai.

Pada hari ini, sebenar nya PAS telah menunjukan ketamakan dan kegelojohan mereka dalam merebut kerusi.



Kuota untuk PBBM pun PAS cuba rampas.

Ini juga petanda apabila bab kerusi PAS umpama serigala lapar.

Untuk makluman , PAS sanggup biarkan Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi Pengerusi Perikatan Nasional walaupun PAS miliki kerusi yang banyak.

Jika Takiyuddin kata Parti Bersatu tiada cukup lelaki untuk letak calon di Nenggiri, maka PAS juga tidak cukup jantan untuk pimpin PN.



Slogan PAS pertahan kepimpinan Ulama dan Islam memimpindan bukan dipimpin, sekadar gula gula untuk pentaksub nya telan bulat bulat, kerana pada hakikatnya PAS di pimpin oleh Muhyiddin dan Bersatu, dan Empat negeri PAS diserah bawah naungan Tun Dr Mahathir.

PAS sekadar seronok jika Ustaz ustaz nya dapat melahap gaji dan elaun puluh ribu jadi wakil rakyat dan Ahli Parlimen.

Ini berganda elok nya dari mereka menerima envelope nipis dari masjid dan surau untuk kuliah dan ceramah.

Rakyat seharus buka mata dan tidak terpesong dengan dakyah PAS.

PAS sekadar parti politik yang nafsu untuk dapat laba jawatan politik sama sahaja dengan parti parti lain.

Cuma kelebihan PAS menunggang agama Islam untuk kabui mata orang Melayu.

Konklusinya Takiyuddin tidak perlu dabik dada konon nya parti PAS hebat.

Apa hebat nya jika kedudukan PAS sekadar bawah tapak iaki Muhyiddin dan Mahathir sahaja.

Kedua individu ini tidak banyak kerusi bahkan seorang hilang deposit.

Namun, PAS tetap sujud kepada kedua mereka.ini.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button