Budak 3 tahun mahir main biola dipuji

Oleh – Syeikh Baran


Budak 3 tahun mahir main biola dipuji
Tangkap layar menunjukkan Tomi bermain biola dengan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk datuknya. – TikTok

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Singapura mengundang perhatian ramai selepas memainkan biola sempena meraikan hari jadi datuknya, lapor saluran berita 8 Days semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @violinyixuan, kanak-kanak lelaki bernama Tomi itu memainkan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ menggunakan biola miliknya.



Lebih mengejutkan apabila alunan gesekan biola itu kedengaran sempurna dan ‘kemas’.

Tomi juga dilihat bermain alat muzik itu tanpa rasa kekok, meskipun usianya sangat muda.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 214,200 tontonan. Rata-rata netizen tersentuh dan memuji bakat yang dimiliki kanak-kanak tersebut.

“Saya lihat anak buah saya, terus saya mengeluh,” kata seorang netizen.“Hadiah hari jadi yang paling menyeronokkan,” puji netizen lain. – AGENSI



Sumber – KOSMO – ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button