China Mengutuk Keras Pembunuhan Ismail Haniyeh

China Mengutuk Keras Pembunuhan Ismail Haniyeh

China Mengutuk Keras Pembunuhan Ismail Haniyeh

 

China membantah danĀ mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ketua politik HAMAS, Ismail Haniyeh.

Kenyataan itu dibacakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong pada sesi tergempar Majlis Keselamatan.



Sesi tergempar mengenai pembunuhan pemimpin HAMAS, Ismail Haniyeh diadakan atas permintaan Iran, China, Algeria dan Rusia.

China menyifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh sebagai sabotaj ke atas kesungguhan pelbagai pihak untuk mewujudkan kedamaian.

Di samping mencabuli prinsip asas Piagam PBB yang menghormati keutuhan wilayah dan kedaulatan pelbagai negara.

Sementara itu, China juga amat bimbang dengan kemungkinan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.



“Setakat ini, konflik di Gaza telah berlarutan selama hampir 300 hari.”

“Menyebabkan kehilangan 40,000 nyawa dan bencana kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

“Pihak-pihak terlibat patut menyahut seruan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan peperangan.”

“Di samping melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB.”



“Operasi ketenteraan dan penyalahgunaan kekerasan bukanlah pendekatan penyelesaian.”

“Ia hanya akan membawa kepada krisis yang lebih besar.”

“China membantah keras dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab yang berlaku pada mutakhir ini.”

“Termasuk serangan Israel ke atas kawasan selatan Beirut,” ujar Fu.



Sementara itu, panganalisa geo politik dunia melihat kenyataan keras kerajaan China itu sebagai amaran yang cukup jelas kepada rejim pengganas Zionis.

Sekiranya rejim pengganas Zionis berterusan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin, ia akan mengundang China dan sekutunya untuk campurtangan secara terus.

Mungkin Israel boleh bermaharajalela kerana sokongan kuat dari Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Tetapi jangan lupa, sekutu China seperti Iran, Russia dan Korea Utara tidak akan berdiam diri sekiranya China bertindak.



Sebelum ini Turkiye juga telah mengeluarkan kenyataan akan campurtangan dalam membendung kezaliman rejim pengganas Zionis.

Mungkin itulah yang dimaksudkan China dengan pembunuhan Ismail Haniyeh akan meningkatkan ketegangan di Asia Barat.

 

China Mengutuk Keras Pembunuhan Ismail Haniyeh

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button