Dolla Memang Mega!

Tampil Magis & Aksi Gah Di Konsert Skala Besar Pertama

Dolla Memang Mega!

Dolla Memang Mega!
Dolla Memang Mega!

Konsert sulung Dolla Re: Birth The Experience di Zepp  Kuala Lumpur, malam tadi nyata menjadi memori manis buat para peminat mereka, iDollas.

Menerusi konsert yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu, Dolla yang dianggotai Angel, Sabronzo, dan Tabby nyata memukau memberikan persembahan penuh energi.

Penganjurnya, Hitman Solutions, menyifatkan konsert sulung Dolla selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri menjadi bukti hasil kerja keras mereka selama ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal cukup teruja dan berbesar hati dapat menampilkan penghibur masa kini penuh inovatif itu.

“Koreografi padu, vokal secara langsung yang mantap, dan tenaga tanpa batas mereka, menghasilkan persembahan luar biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




“Ia menjadi bukti ketara terhadap masa depan yang cerah buat kumpulan wanita Malaysia ini untuk terus maju.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan artis meningkat naik dengan pementasan dan kualiti produksi yang menyaingi taraf antarabangsa,” katanya.

Dolla Memang Mega!

Dolla Memang Mega!

Dolla Memang Mega!



Dolla Memang Mega!

Dalam pada itu, Pengarah urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim juga teruja melihat pencapaian terkini Dolla.

“Konsert ini menjadi pengalaman luar biasa dan mendalam untuk peminat setia yang digelar iDolla,dan walaupun anda bukan peminat tegar, saya yakin anda akan menikmati setiap lagu, gerakan dan koreografi yang mencerminkan usaha keras yang telah dilakukan oleh seluruh pasukan dalam beberapa bulan terakhir.”

“Konsert ini adalah suatu langkah besar dalam menggabungkan teknologi produksi terkini dengan hiburan, dan membolehkan kami memperluaskan kreativiti kami serta berkongsi muzik unik Dolla.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula




“Dolla Re: Birth The Experience bukan sekadar konsert biasa, ia adalah sambungan kepada semangat dan komitmen yang telah kami curahkan sepenuh hati,” katanya.

Sementara itu, konsert lebih sejam itu juga tidak sunyi setiap kali selingan termasuk video di sebalik tabir serta dedikasi ibu bapa dan insan terdekat dalam kerjaya mereka.

Diiringi pemuzik dengan susunan muzik yang padu, kumpulan berkenaan menyampaikan barisan lagu hits mereka, antaranya Bad, Dolla Make You Wanna, Drip, Best Side, LAT, Damelo, Masa, Impikan, Sudi, Berani, Classic, Bo$$ Up, dan banyak lagi.

Dolla Memang Mega!

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button