Harvey Norman kini di Batu Pahat
Harvey Norman kini di Batu Pahat
Batu Pahat: Penduduk di daerah ini kini boleh mendapatkan jenama produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia, Harvey Norman yang membuka cawangan keempatnya di Johor dan juga ke-34 di seluruh negara pada ketika ini.
Pengarah Urusan Harvey Norman Malaysia & Singapura Bernice Kwok berkata, pembukaan cawangan baru ini disebabkan permintaan tinggi warga tempatan terutamanya mereka yang menetap di Johor utara.
Katanya, sehingga kini terdapat lebih 100 jenama bertaraf dunia tersedia meliputi peralatan elektrik, teknologi maklumat dan peranti mudah alih, perabot serta produk kelengkapan bilik tidur.
“Cawangan di Batu Pahat adalah misi untuk meluaskan lagi empayar yang mana matlamat kami adalah untuk membuka sehingga 80 kedai di seluruh negara menjelang 2028.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
“Pada masa sama, kami menjanjikan persekitaran kedai yang selesa, kondusif dan mengasyikkan kepada pelanggan yang datang membeli-belah,” katanya selepas pembukaan rasmi cawangan berkenaan, di Jalan Zabedah, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar, Eddy Ng dan Ketua Pegawai Operasi, Johnathan Toh.
Katanya, pihaknya memahami keperluan pelanggan dan berusaha memberikan kemudahan kepada mereka sehingga ke depan pintu rumah.
“Pada masa sama, kami komited untuk menawarkan akses lebih mudah termasuk menawarkan pelbagai kaedah pilihan pembayaran.
“Ini termasuk pembayaran fleksibel dengan pilihan seperti ansuran sehingga 48 bulan bagi semua kad kredit bank utama dan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL).
“Sebelum ini, pelanggan dari luar datang ke Harvey Norman di tiga cawangan di Johor Bahru, jadi adalah tepat pada masanya kami membuka cawangan di sini untuk menarik mereka dari daerah berhampiran,” katanya.
Dalam pada itu, sempena pembukaan cawangan di Batu Pahat, pihaknya merancang pelbagai aktiviti menarik sehingga Ahad ini.
Katanya, pihaknya menawarkan Cabutan Bertuah RM1 di mana pelanggan yang bertuah berpeluang membeli barangan yang diingini seperti TV skrin besar, jam tangan pintar, meja kopi dan banyak lagi dengan harga RM1.
Harvey Norman kini di Batu Pahat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?