Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Akhirnya Bersuara Selepas Timbul Dakwaan Dirinya Telah Meninggal Dunia
Timbul pula dakwaan yang mengatakan ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza sudah meninggal dunia. Biar betul?
Menurut laporan mStar, Hafiza sendiri menafikan dakwaan itu dan memberitahu yang dia masih diberikan peluang untuk bernafas.
Pada insan yang saya hormati yang hubungi saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih ataupun tidak.
Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi.
Ibu kepada Aliff Azizi itu juga mendedahkan akaun Youtube yang menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya itu dengan tajuk ‘Kematian ibu Aliff Aziz? Ramai doakan semoga Aliff Aziz tabah dengan dugaan menimpa’.
Walau bagaimanapun, Hafiza mendoakan pelaku yang menyebarkan fitnah itu berubah satu hari nanti dan tidak mahu berdendam.
Buat mereka yang gemar menabur khabar tidak berasas dan berunsur fitnah kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga Allah limpahkan taufik serta hidayah agar anda berubah kerana Allah.
Yakin dan pasti kita semua akan kembali pada Allah, cepat atau lambat hanya Allah yang tahu tapi sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?