‘Influencer’ cantik sebab pembedahan plastik

Oleh – Syeikh Baran


‘Influencer’ cantik sebab pembedahan plastik
Mia Dio mendakwa bahawa ‘kecantikannya’ adalah mahal disebabkan pembedahan kosmetik. – Instagram

Seorang pesohor media sosial mengundang perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa penampilannya yang cantik sebenarnya hasil daripada melakukan pembedahan plastik, lapor saluran berita Daily Star semalam. 

Mia Dio, 22, membelanjakan sebanyak £30,000 (RM172,770) untuk transformasi dramatiknya supaya kelihatan seperti anak patung. 



Dia sering menerima pujian daripada pengikutnya kerana ciri-ciri wajahnya yang sempurna seperti hidung mancung dan memiliki rambut perang yang tebal. 

Namun baru-baru ini, Dio memuat naik sebuah klip video di TikTok, di mana dia menyatakan bahawa kecantikannya adalah ‘mahal’.

Menurut Dio, dia menjalani pembedahan kosmetik pertama pada usia 17 tahun. 

“(Pembedahan) hidung  £3,904 (RM22,481) pada usia 17 tahun. Veneer gigi £4,294 (RM24,727) pada usia 19 tahun. Payudara £5,465 (RM31,471) pada usia 20 tahun,” demikian menurut keterangan video itu. 



Tambah wanita tersebut, dia melakukan latihan peribadi berharga £1,561 (RM8,989) sebulan, manakala suntikan wajah dan benang adalah sebanyak £6,246 (RM35,968). 

Perbelanjaan rambut dan solekan Dio pula berjumlah £4,685 (RM26,979) dalam setahun.

Wanita tersebut turut menasihati orang ramai untuk tidak membandingkan diri mereka dengannya kerana ia adalah palsu semata-mata. 

“Media sosial adalah palsu, begitu juga dengan pesohor kegemaran anda,” kata Dio. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button