Iran tahan puluhan individu susulan pembunuhan Ismail Haniyeh

Iran tahan puluhan individu susulan pembunuhan Ismail Haniyeh

Iran tahan puluhan individu susulan pembunuhan Ismail Haniyeh
UMAT ​​Islam yang tidak dibenarkan masuk, menunaikan solat jenazah Ismail Haniyeh di luar Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab. FOTO AFP

Tehran: Iran menahan puluhan individu, termasuk pegawai kanan perisikan, pegawai tentera, dan kakitangan di rumah tamu yang dikendalikan tentera di sini, sebagai tindak balas kepada pelanggaran keselamatan yang ketara sehingga membawa kepada pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, Rabu lalu.

Menurut New York Times, penahanan itu berikutan pembunuhan pemimpin terbabit di rumah tamu yang terletak di utara Tehran itu.

Ismail pada masa kejadian melawat Tehran sempena majlis mengangkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, sehari sebelumnya.



Kejadian turut mengorbankan pengawal peribadi Ismail.

The New York Times, memetik pegawai Timur Tengah, melaporkan bahawa Ismail dibunuh oleh bahan letupan yang disembunyikan di rumah tamu itu, beberapa minggu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis



 

Agensi berita Iran, Fars menyifatkan laporan di Amerika Syarikat mengenai bom yang disembunyikan itu sebagai “pembohongan”, dan menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu dibunuh oleh “projektil.”

Jenazah Ismail dikebumikan di tanah perkuburan di Lusail, utara ibu negara Qatar, selepas solat jenazah di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, Jumaat lalu.

Iran tahan puluhan individu susulan pembunuhan Ismail Haniyeh

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button