Jay Jay meninggal dunia

Jay Jay meninggal dunia

Jay Jay meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Damansara.Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1970-an, Jay Jay, 67,  meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, di sini, malam ini.

Terdahulu, berita sedih itu disahkan rakan artis juga penyanyi, Datuk Hattan yang mendapat khabar duka berkenaan daripada isteri arwah dikenali, Zaitoon yang mengesahkannya.

“Iya, abang Jay Jay sudah meninggal dunia. Saya baru dapat bercakap dengan isterinya dan urusan jenazah masih dilakukan di hospital,” katanya ringkas dalam mesej dikongsikan kepada media.



Sementara itu, Harian Metro yang cuba menghubungi pihak keluarga arwah Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus namun gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaan kesihatannya bagaimanapun dimaklumkan mengalami lumpuh separuh badan pada Jun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Beliau yang juga bekas penyanyi kumpulan Carefree pernah popular dengan lagu seperti Rindu Bayangan, Angan Tak Sudah dan banyak lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button