Kenapa Salama dan Khalid Al Ameri berpisah?
Kenapa Salama dan Khalid Al Ameri berpisah?
Dubai: Pempengaruh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Salama Mohamed, baru-baru ini, mengesahkan dia berpisah dengan suaminya, Khalid Al Ameri.
Ibu dua anak itu membuat pendedahan itu semasa wawancara bersama penyampai UAE, Nour Aldin.
Nour bertanya kepada pengasas produk penjagaan kulit Peacefull itu tentang sama ada dia sudah berpisah dengan suaminya, sebelum Salama mengiyakan pertanyaan itu.
Walaupun Salama tidak menjelaskan punca sebenar di sebalik perpisahan itu, dia sempat berkongsi perasaannya terhadap bekas suaminya.
“Pasangan saya sebelum ini, dia adalah bapa kepada anak-anak saya, sentiasa ada hubungan di situ.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
“Mungkin ini masa yang kita habiskan bersama, saya tidak tahu.
“Tetapi akhirnya, kebahagiaannya mempengaruhi kebahagiaan saya. Kejayaannya mempengaruhi kejayaan saya. Kesedihannya mempengaruhi kesedihan saya,” katanya seperti dilaporkan Harpers Bazaar Arabia.
Dia turut mendoakan kebahagiaan untuk bekas suaminya itu.
“Dengan sepenuh hati, saya berdoa untuknya dengan penuh kasih sayang.
“Dengan gembira kerana jika dia bahagia, kita pun bahagia.
“Pada penghujungnya, jika dia gembira, anak-anak saya juga akan gembira.
“Saya tidak tahu sama ada dia mencapai tahap kebahagiaan sama seperti saya,” katanya.
Kenapa Salama dan Khalid Al Ameri berpisah?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?