Kerajaan Perlu Timbang Semula Penjualan Saham MAHB Kepada BlackRock

Kerajaan Perlu Timbang Semula Penjualan Saham MAHB Kepada BlackRock

Kerajaan Perlu Timbang Semula Penjualan Saham MAHB Kepada BlackRock

 

Pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran, Iran, telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja di kalangan negara Islam, malah negara bukan Islam.

Apa lagi Allahyarham telah dibunuh ketika menjadi tetamu kehormat Iran dalam majlis majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.



Walau pun pihak regim pengganas Zionis belum mengakuinya, namun seluruh dunia mengetahuinya.

Kerajaan Perlu Timbang Semula Penjualan Saham MAHB Kepada BlackRock (1)

Infografik di atas membariskan senarai pemimpin utama HAMAS yang telah dibunuh regim pengganas Zionis.

Itu tidak termasuk ratusan ribu rakyat Palestin yang telah dibunuh dalam peperangan.



Ribuan tahanan Palestin di penjara Israel yang telah di bunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Jutaan rakyat Palestin yang telah menjadi pelarian di dalam negara sendiri kerana rumah dan tanah mereka dirampas.

Apakah kekejaman regim pengganas Zionis akan berakhir dengan pembunuhan Ismail Haniyeh?

Sudah pasti tidak.



Kerana sudah bocor senarai pemimpin HAMAS yang masih mereka buru untuk dibunuh.

Regim pengganas Zionis kini benar-benar sudah menjadi satu bangsa yang beraja di mata dan bersultan di hati.

Kita Membantu Regim Pengganas Zionis Tanpa Kita Sedar

 

Persoalannya, mengapakah mereka menjadi bangsa yang cukup angkuh di muka bumi ini?



Dari satu bangsa pelarian yang dihalau dari seluruh pelusuk dunia, kini mereka menjadi bangsa yang menjajah kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Jawapannya adalah kita semua.

Sejak penubuhan negara haram Israel lebih 7 dekad yang lalu, bangsa Zionis membina kekuatan ekonomi mereka.

Selepas berlakunya Perang Arab Israel, Israel sedar, negara Arab yang kaya telah memboikot syarikat sekutu mereka.



Lalu mereka mengalihkan operasi syarikat mereka ke Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Lalu lahirlah syarikat-syarikat yang bernama BlackRock, BlackStone, Lockheed Martin dan sebagainya.

Dengan pengaruh Amerika Syarikat dan negara Eropah, syarikat tersebut telah membina kekayaan selama berdekad lamanya.

Kini mereka menguasai lebih dari 30% aliran modal saham di seluruh dunia.



Kekayaan yang mereka bina akan disalurkan kepada AIPAC, pertubuhan pelobi kepentingan Israel di Amerika Syarikat.

AIPAC menjadi penyumbang dana terbesar kepada ahli politik di Amerika Syarikat.

Tanpa restu dari AIPAC, tidak mungkin seseorang pemimpin politik boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Tidak kira pemimpin politik dari Republican atau Democrate.

Calon presiden dari parti Democrate sekarang, Kamala Harris, dibiayai oleh syarikat BlackRock.

Manakala calon presiden dari parti Republican, Donald Trumph, dibiayai oleh syarikat BlackStone.

Siapa juga yang menang, yang pastinya kepentingan Israel tetap dijamin oleh Presiden Amerika yang akan datang.

Dari mana, syarikat tersebut mendapat kekayaan?

Dari pelaburan besar yang dilakukan di syarikat berpotensi yang dimiliki oleh negara lain.

Dalam artikata lain, mereka menggunakan syarikat yang kita bangunkan untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Keuntungan itu pula akan disalurkan kepada AIPAC dan sebahagiannya digunakan untuk membina senjata yang kini membunuh saudara kita di Palestin.

Hentikan Sekarang

 

Memang kita boleh beralasan, berapa sangatlah pelaburan mereka di Malaysia atau itu syarikat Amerika Syarikat dan bukannya Israel.

Tanpa kita sedari, alasan itulah yang membantu regim pengganas Zionis menjadi sangat angkuh.

Sudah tentu kita tidak mahu Malaysia digelakkan dunia.

Di satu masa bersolidariti untuk Palestin dan bersuara lantang menentang kekejaman Israel di pentas dunia.

Tetapi di satu masa yang lain, tindakan kita terus memperkukuhkan kewangan mereka.

 

Kerajaan Perlu Timbang Semula Penjualan Saham MAHB Kepada BlackRock

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button