Kereta mewah musnah terbakar

Kereta mewah musnah terbakar

Kereta mewah musnah terbakar
Sebuah kereta Mercedes Benz GLC 43 musnah dalam kebakaran di bahu jalan lorong kecemasan di hadapan Taman Sinar Harapan. – Foto ihsan bomba

JITRA: Sebuah kereta mewah musnah dalam kebakaran di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 9.48 pagi.



Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Munir Abdul Aziz bersama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setiba di lokasi, didapati kereta terbabit sedang terbakar di bahu lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini.

“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kereta mewah musnah terbakar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button