Parah ditetak kenalan selepas berselisih faham soal kerja

Parah ditetak kenalan selepas berselisih faham soal kerja

Parah ditetak kenalan selepas berselisih faham soal kerja
Polis Diraja Malaysia

TAMPIN: Seorang lelaki parah selepas ditetak seorang kenalan di rumahnya, berhampiran Ayer Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, awal pagi tadi, dipercayai akibat berselisih faham.

Mangsa berusia 45 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.



“Anggota kaunter pertanyaan Balai Polis Ayer Kuning Selatan menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan ada seorang lelaki berlumuran darah akibat dicederakan.

“Berdasarkan maklumat itu, anggota kami bergegas ke lokasi. Maklumat awal mendapati mangsa seorang lelaki berumur 45 tahun diserang seorang lelaki yang dikenalinya ketika berada di rumahnya di Ayer Kuning Selatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Amiruddien berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham mengenai urusan pekerjaan yang mana suspek dan mangsa adalah kenalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian membuat tangkapan seorang lelaki berumur 31 tahun di kawasan Ayer Kuning Selatan tidak lama kemudian bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman sudah diperolehi selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.



Amiruddien berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil ke Balai Polis Tampin atau menghubungi talian 064411222 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

Parah ditetak kenalan selepas berselisih faham soal kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button