Pemancing maut, rakan parah dihempap pokok tumbang
Pemancing maut, rakan parah dihempap pokok tumbang
KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas dihempap pokok tumbang pagi tadi ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Ismail Man berkata Mohd Azliana Alias, 54, beralamat di Teras Jernang, Selangor disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis pada 1.15 tengah hari akibat mengalami pelbagai kecederaan (polytrauma).
Menurutnya, rakan mangsa Dzulkefli Aman, 44, dari Kampung Yain Kechau, Kuala Lipis pula parah akibat patah kaki kanan dan sedang dirawat di hospital sama.
Katanya, lima lagi rakan mangsa yang turut berada di situ terselamat.
“Mangsa berkhemah untuk memancing dan bermalam di situ pada Jumaat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
“Namun, kira-kira pukul 7 pagi, sebatang pokok telah tumbang di kawasan perkhemahan mereka ekoran hujan lebat, sejak malam tadi.
“Bomba cawangan Lipis dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengeluarkan mangsa dalam situasi sangat sukar pada pukul 11.15 pagi kerana keadaan jalan berhutan dan berlumpur.
“Jarak antara lokasi kejadian dengan jalan utama dianggarkan sejauh lima kilometer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata seramai 11 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.47 pagi tadi.
“Operasi menyelamatkan mangsa turut menggunakan bantuan dua kenderaan pacuan empat roda milik orang awam bersama-sama dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya.
– BERNAMA
Pemancing maut, rakan parah dihempap pokok tumbang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?